Baru-baru ini, en suami menghadiri kursus usahawan selama 10 hari di Kajang.  Memandangkan sekali perjalanan ke sana, suami juga ingin menyelesaikan urusannya di KL. Setelah perbincangan dibuat, saya dan anak-anak akan menyusulnya dengan bas pada hari terakhir kursusnya.  Inilah pertama kali anak-anak menaiki bas untuk tempoh yang agak lama.  Mereka sangat teruja.
![]()  | 
| adik mencuba memasang youtube di dalam bas | 
"Kenapa ummi tak pasang broadband?", tanya adik ketika cuba membuka video Upin dan Ipin.  Internet tidak begitu memuaskan untuk melihat video ketika di dalam bas.  Inilah bahasa budak-budak sekarang. 
Mujur juga anak-anak tidak menunjukkan sangat 'kejakunan' mereka menaiki bas.  Jika tidak... 
Makan malam di Restoren Mohd Chan di Klang Central.  Saya tetap memilih Kantonis kegemaran saya.
![]()  | 
| @Restoren Mohd Chan, Klang Central | 
| kuih pau pula! | 



Sudah lama saya tidak menaiki bas ekspress sejak kahwin dulu .. dulu saya suka menaiki bas ekspres bila berjalan jauh ...oh kenangan ... :)
ReplyDeletezaman bas ekspress kita sudah berlalu... anak-anak pun jarang naik bas, kemana-mana berkereta. Ketika belajar dulu, kami (saya dan Ija) lebih kerap naik keretapi bila balik kampung kerana stesyennya lebih dekat di Bukit Mertajam berbanding Butterworth.
ReplyDelete