Saturday, June 19

River Cruise

Alang-alang sudah berjalan, berjalan selagi terdaya.  Selesai jalan-jalan cari makan, kami pusing-pusing sekitar Bandar Hilir.  Cadangnya ingin menikmati panorama malam dari Menara Taming Sari, tetapi malangnya tiada tempat parking, di sepanjang jalan dan juga tempat parking, semuanya penuh.  Kami meneruskan perjalanan dan tiba di perkarangan river cruise, kebetulan ada parking, kami ke situ saja.  Bayaran masuk RM10/dewasa dan RM5/kanak-kanak.

Jeti

kincir air Kesultanan Melaka

Masjid Kg Hulu yang dibina pada tahun 1728, dikatakan antara yang tertua di Malaysia

Pirate Park



Kg. Morten (Villa Sentosa)




Forum Perdana sempena Pesta Sungai Melaka

di perkarangan river cruise



Sepanjang 45 minit perjalanan river cruise ini dipenuhi dengan limpahan cahaya pelbagai warna di kiri kanan tebing sungai melaka dan diiringi dengan lagu serta sedikit penerangan tentang tempat-tempat di sekitar sungai melaka.  Menarik.  Namun, penumpang harus berhati-hati kerana sewaktu menaiki bot ini, tiada jaket keselamatan yang perlu dipakai.  Ianya hanya disediakan di dalam bot tersebut di bawah tempat duduk penumpang.  

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin