Suami dan abang ipar menelek brochure tempat-tempat ikan bakar yang menarik di sekitar Melaka. SMS dan telefon juga digunakan untuk bertanyakan di mana tempat yang 'sedap'. Saya mencadangkan di Sg. Duyung kerana sebelum ini kami pernah ke Umbai. Sebelum keluar, suami bertanyakan jiran 'homestay' yang kami diami. Katanya di Umbai juga.
Ok...ke Umbai. Dalam perjalanan, ternampak papan tanda yang menunjukkan Umbai - 6 km, Serkam - 8 km, ok.. kita ke Serkam. Serkam pula. Semakin jauh perjalanan yang saya rasa sudah melebihi 2 km dari sepatutnya, tidak juga tiba di tempat yang bernama Serkam. Akhirnya, ternampak papan tanda, kita ke situ sajalah.
bukan ke sini... ini ketika dalam perjalanan
susahnya hendak membuat pilihan... siakap...kembung...lagi...cukup ke?
ketam? ish.. susah hendak makan... tak payah lah!
pandangan jauh ke kedai menjual pelbagai alat mainan
lambatnya... mana makanan ni?
menanti
ini dia... sotong goreng... kolestrol tinggi... makan saja
kailan ikan masin
siakap bakar tanpa sambal
hanya pari yang dibakar dengan sambal
Di sinilah tempatnya... Umbai juga...
Akhirnya ke Umbai juga, tetapi kali ini ke gerai lain. Tetapi, "the best" ikan bakar yang saya pernah makan masih lagi di Telok Tempoyak, Penang. Jangan marah ye orang Melaka.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?