Perancangan asalnya ke tempat lain dahulu, tetapi setelah perbincangan pada saat akhir, destinasi seterusnya ke Mini Malaysia & Mini Asean. Mini Asean ditutup untuk tujuan penyelenggaraan., jadi kami hanya melawat rumah negeri-negeri di Malaysia saja. Bayaran masuk RM12/dewasa dan RM6/kanak-kanak. Waktu lawatan dari pukul 9pg - 5ptg. Sesiapa yang membawa kamera, bayarannya RM3 dan video RM5.
Melawat rumah dan perkakasan dapur di rumah lama ini (terutamanya sebelah utara) seakan mengingatkan kembali kepada zaman kanak-kanak saya. Anak-anak sekarang tidak lagi mengenali periuk tanah tetapi periuk elektrik, alu dan lesung tetapi blender. Zaman berubah!
teringat ketika kecil, saya dan kakak pernah menggunakan alu dan lesung ini
(di Pulau Pinang juga ada)
batu giling ini juga ada... berat ya amat!
adik teruja... bertanya itu ini
berangan bersantai di rumah kampung
RUMAH PULAU PINANG
Memandangkan kami berasal dari Pulau Pinang, rumah ini hanya dilihat dari luar... hehehe.
RUMAH KEDAH
tumbuk apa tu?
alatan untuk memproses dan menyimpan padi
pengukur kelapa (kukuq nyioq - bahasa utaranya)
dapur
RUMAH PERAK
Abang ipar wajib masuk!
satu ketika dahulu
sangkak ayam (serkap)
RUMAH SELANGOR
teruja dengan tangga rumah lama
Ternampak pula lubang 'undur-undur' di bawah rumah.
Binatang ini yang selalu dicari ketika masih kecil dahulu di bawah rumah tok (nenek)
Binatang ini cara berjalannya adalah secara berundur, kerana itulah namanya 'undur-undur'.
RUMAH NEGERI SEMBILAN
berangan...inilah beranda rumahku
Tiba di sini, masing-masing sudah keletihan. Hanya meninjau-ninjau dari luar saja.
RUMAH MELAKA
(dengan tangga batu)
RUMAH JOHOR
RUMAH KELANTAN
RUMAH TRENGGANU
RUMAH PAHANG
Ini perlu jelajah. Rumah Sabah dan Sarawak adalah unik.
RUMAH SABAH
hati-hati...tangga bulat yang licin
berlantaikan buluh
hati-hati memijak kerana bimbang dengan bunyi berkriuk ketika berjalan
RUMAH SARAWAK
(rumah panjang)
Unik!
inginkan sedikit cabaran, cuba tangga ini
lantai buluh
loteng di atas
Sudah pusing seluruh Malaysia... hehehe. Teramat penat menjelajah. Tapi anak-anak? Sempat menari di pentas kebudayaan ini lagi. Ada juga persembahan kebudayaan pada waktu-waktu tertentu. Ketika kami di situ, persembahannya pada pukul 4 petang.
Penat... berhenti rehat dan makan dulu.
Perlu lawati!
gambag unduq2 tak de ke
ReplyDeletekecik sangat...bila dikecikkan saiz gambag lagi haluih :D
ReplyDeletegambar unduq-unduq di link ni ..http://su.wikipedia.org/wiki/Undur-undur
ReplyDeletedah dimasukkan ke dalam blog
ReplyDelete