Sunday, August 6

Pameran Artifak Rasulullah dan sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Insan mulia, insan yang dirindui.  Alangkah bertuahnya andai baginda masih ada.  Melihat peninggalannya sahaja bergetar rasa, sebak di jiwa.


Pesanan dari pihak penaja agar dipelihara dari melakukan perbuatan bidaah yang dilarang.  Antara tujuan lawatan ke pameran ini adalah untuk menyuburkan kecintaan kepada baginda Rasulullah ﷺ dan juga menghayati perjuangan baginda dan para sahabat r.hum.

Pelbagai artifak lain yang turut dipamerkan (klik pada gambar untuk imej yang lebih besar).

Jam matahari

Saidina Hamzah r.a adalah bapa saudara Rasulullah ﷺ yang digelar "Asadullah (singa Allah)" atas keberaniannya di medan peperangan dan "Sayyidus Syuhada (Penghulu orang yang syahid)" kerana syahid di dalam peperangan Uhud.

Pedang Saidina Hamzah r.a
Di barisan atas mata pedang diukirkan ayatul Kursi manakala di barisan bawahnya terdapat selawat ke atas nabi serta beberapa ayat lain yang saya tidak dapat kenalpasti.

Closed-up mata pedang



Kunci Kaabah

Kain kiswah Kaabah

Kunci makam Nabi Allah Ibrahim a.s



Kunci Makam Ashabul Kahfi
Batu dinding Kaabah
Harta rampasan perang
Artifak Saidina Hassan dan Hussin r.a

Pedang Amr Ibn Al-'As r.a

Closed-up mata pedang

Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina selepas ketibaan Nabi ke kota Madinah.  Masjid Quba terletak di pinggir Madinah dan kebiasaannya nabi akan berkunjung ke Masjid Quba setiap hari Sabtu.  Rasulullah   bersabda, "Barangsiapa yang mendirikan solat di rumah ini iaitu di dalamnya, akan dihadiahkan sama dengan satu umrah".  

Batu Masjid Quba 

Al-Quran bertatah emas

 



Beras tertulis surah Al-Ikhlas

Baju Perang



Pedang Khalid bin Al-Walid ini digunakan di dalam peperangan Tabuk.  Diperbuat daripada besi dengan panjangnya 92cm dan berat 772gm.  Pada mata pedangnya terukir ayat seribu dinar (At-Talaq : 2 - 3)

Pedang Khalid bin Al-Walid

Pedang Mu'az bin Jabal ini adalah hasil rampasan perang Badar.  Panjangnya 94cm dengan berat 989gm. 

Pedang Mu'az bin Jabal


 



Kunci makan Rasulullah s.a.w



Makam saidatina Khadijah r.ha letaknya di bawah kaki gunung Assayyidah (Bukit Khadijah).  Kunci makamnya seberat 3kg dengan ukuran 28cm x 9cm.

Kunci makam Saidatina Khadijah 




Cop mohor Rasulullah s.a.w



Janggut Rasulullah s.a.w
  
Tapak kaki Rasulullah s.a.w

Tanah makam Rasulullah s.a.w. 

Busur Rasulullah  berukuran 152cm dan diperbuat daripada kayu Al-Ayusiah.  Beratnya adalah 286gm.  

Busur Rasulullah s.a.w

Tongkat Rasulullah s.a.w

Capal Rasulullah s.a.w


Rasulullah ﷺ mempunyai 'Qalansuah' (kopiah) yang diperbuat dari kulit kayu, kain atau kulit unta.  'Imamah' (serban) baginda melebihi 5 meter yang berwarna hijau dan hitam iaitu warna kesukaan baginda.  Serban ini diberikan kepada sahabat baginda iaitu Mu'adz bin Jabal semasa diperintahkan Mu'adz ke Palestin untuk menyebarkan dakwah.  

Serban Rasulullah s.a.w

Darah bekam Rasulullah s.a.w

Rambut Rasulullah s.a.w

kain penutup makam Rasulullah s.a.w

Gambaran lama Masjid Nabawi

Pelan makam Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi





Pameran ini masih berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam sehingga 23 Ogos 2017.  Waktu lawatan adalah 9pagi - 10malam.  

Bayaran masuk : RM20/dewasa, RM10/kanak-kanak dan pelajar sekolah (6 tahun dan keatas), Percuma (5 tahun ke bawah). 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Rujukan: Bahan pameran

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin