Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Sunday, March 30

3D

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Saya kagum dengan insan yang dikurniakan dengan bakat melukis.  Anugerah Allah kepada insan-insan terpilih yang lukisan mereka kelihatan hidup.  Ketika mengunjungi Trick Art Museum, biarpun lukisan di dindingnya kelihatan biasa secara 2D, tetapi apabila diterjemahkan ke dalam lensa kamera, ianya seakan 3D. Harga tiketnya RM10/pengunjung.







































 

Friday, December 30

Flora dan Fauna @Rimba Templer

Sudah lama tidak bertemu dengan pokok ini, senduduk.  Teringat dahulu ketika kecil, saya dan kakak saya akan makan buahnya, dan mulut akan dipenuhi dengan warna ungu.  Ketika berjalan di Rimba Templer tempohari, ternampak tumbuhan ini meliar di tepi jalan kecil yang kami susuri.




pakis liar

Monyet di sini agak 'tertib' juga berbanding di Kebun Bunga Pulau Pinang yang agak agresif.  Monyet-monyet di sini hanya menanti orang menyuakan makanan kepada mereka (ketika kami di situ tiada adegan samun oleh monyet-monyet itu).   

salah seekor yang menarik perhatian kami

Kata anak buah saya, "monyet pun tahu sayang anak"....

bersembunyi di sebalik rimbungan pokok

kerengga di sini agak besar berbanding biasa

mengkarung?

Mandi-manda @Rimba Templer

Perancangan asalnya ke Ulu Yam bertukar ke Taman Rimba Templer untuk tidak menghampakan anak-anak yang suka bermain air.  Perjalanan dari Puncak Alam lancar menggunakan lebuhraya LATAR yang baru itu.

(gambar bertarikh adalah dari kamera saya IXUS, dan gambar lain dari Nikon - kredit anak buah saya).



Ada aliran sungai di tepi tempat meletak kenderaan, tetapi tidak ada air terjun, sesuai untuk yang mempunyai anak kecil.  Kami berjalan menyusuri jalan kecil mendaki cerun yang dikelilingi pepohon rendang serta bunyi unggas di kiri kanan.  Tercungap juga berjalan 1/2 km, tetapi semuanya hilang apabila melihat air terjun serta air sungai yang jernih mengalir ke dalam takungan yang dijadikan seperti kolam mandi.




budak yang seronok bertemu air



Ada kejadian berlaku di sini.  Kakak berseorangan menuju ke tempat yang agak dalam walaupun telah dilarang oleh saya.  Rupanya di tepi batu itu, airnya agak dalam hasil dari air terjun kecil itu.  Alhamdulillah, ada pemuda India yang berada di situ memegang kakak yang sudah hampir tenggelam (kakak di luar pandangan saya ketika itu).  Muka kakak sudah pucat.  Selepas itu, kakak tidak berani lagi menghampiri tempat yang dalam.  Pengajaran juga untuknya kerana sudah beberapa kali saya sudah nasihatinya supaya tidak berseorangan ke tempat yang agak dalam.



air terjun kecil


pak cik melayan mereka mandi

budak montel








Video singkat


Perancangan akan datang, Hutan Lipur Kancing pula....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin