Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Friday, December 30

Flora dan Fauna @Rimba Templer

Sudah lama tidak bertemu dengan pokok ini, senduduk.  Teringat dahulu ketika kecil, saya dan kakak saya akan makan buahnya, dan mulut akan dipenuhi dengan warna ungu.  Ketika berjalan di Rimba Templer tempohari, ternampak tumbuhan ini meliar di tepi jalan kecil yang kami susuri.




pakis liar

Monyet di sini agak 'tertib' juga berbanding di Kebun Bunga Pulau Pinang yang agak agresif.  Monyet-monyet di sini hanya menanti orang menyuakan makanan kepada mereka (ketika kami di situ tiada adegan samun oleh monyet-monyet itu).   

salah seekor yang menarik perhatian kami

Kata anak buah saya, "monyet pun tahu sayang anak"....

bersembunyi di sebalik rimbungan pokok

kerengga di sini agak besar berbanding biasa

mengkarung?

Mandi-manda @Rimba Templer

Perancangan asalnya ke Ulu Yam bertukar ke Taman Rimba Templer untuk tidak menghampakan anak-anak yang suka bermain air.  Perjalanan dari Puncak Alam lancar menggunakan lebuhraya LATAR yang baru itu.

(gambar bertarikh adalah dari kamera saya IXUS, dan gambar lain dari Nikon - kredit anak buah saya).



Ada aliran sungai di tepi tempat meletak kenderaan, tetapi tidak ada air terjun, sesuai untuk yang mempunyai anak kecil.  Kami berjalan menyusuri jalan kecil mendaki cerun yang dikelilingi pepohon rendang serta bunyi unggas di kiri kanan.  Tercungap juga berjalan 1/2 km, tetapi semuanya hilang apabila melihat air terjun serta air sungai yang jernih mengalir ke dalam takungan yang dijadikan seperti kolam mandi.




budak yang seronok bertemu air



Ada kejadian berlaku di sini.  Kakak berseorangan menuju ke tempat yang agak dalam walaupun telah dilarang oleh saya.  Rupanya di tepi batu itu, airnya agak dalam hasil dari air terjun kecil itu.  Alhamdulillah, ada pemuda India yang berada di situ memegang kakak yang sudah hampir tenggelam (kakak di luar pandangan saya ketika itu).  Muka kakak sudah pucat.  Selepas itu, kakak tidak berani lagi menghampiri tempat yang dalam.  Pengajaran juga untuknya kerana sudah beberapa kali saya sudah nasihatinya supaya tidak berseorangan ke tempat yang agak dalam.



air terjun kecil


pak cik melayan mereka mandi

budak montel








Video singkat


Perancangan akan datang, Hutan Lipur Kancing pula....

Thursday, December 29

Layankan saja...

Sudah namanya kanak-kanak ribena, layankan saja aktiviti yang sesuai dengan jiwa mereka.  Singgah sebentar di Giant, Shah Alam, mereka ternampak pusat ternakan arnab berhampiran tempat letak kenderaan.  Apalagi, melompat-lompat mereka ingin memberi makan arnab.  Rupa-rupanya, pusat itu belum lagi dibuka, jadi kami hanya berlegar di sekitar sangkar arnab pelbagai jenis dan warna.  Ada anak yang baru dilahirkan, ada yang tidur secara terlentang, sangat comel.  

Ikutkan hati mereka, mereka mahu membawa balik beberapa ekor arnab itu.





Ke U8, Shah Alam, pusat membeli-belah yang terkini di sana.  Ada pula karnival Upin dan Ipin, tetapi mereka tidak muncul pula, jika tidak, pasti adik sangat teruja berjumpa mereka.  Pusat bowlingnya masih belum dibuka.





@Plaza Alam Sentral.



Adik berjaya beroleh tempat pertama.... dari bawah dengan 26 mata (jika tidak silap).  Kami berlapan, kakak dan sepupunya seri.  Memadailah saya di tempat ke-4 dengan mata 131 walaupun sudah lama tidak bermain.  

Wednesday, December 28

Pertama kali

Baru-baru ini, en suami menghadiri kursus usahawan selama 10 hari di Kajang.  Memandangkan sekali perjalanan ke sana, suami juga ingin menyelesaikan urusannya di KL. Setelah perbincangan dibuat, saya dan anak-anak akan menyusulnya dengan bas pada hari terakhir kursusnya.  Inilah pertama kali anak-anak menaiki bas untuk tempoh yang agak lama.  Mereka sangat teruja.

adik mencuba memasang youtube di dalam bas

"Kenapa ummi tak pasang broadband?", tanya adik ketika cuba membuka video Upin dan Ipin.  Internet tidak begitu memuaskan untuk melihat video ketika di dalam bas.  Inilah bahasa budak-budak sekarang. 

Mujur juga anak-anak tidak menunjukkan sangat 'kejakunan' mereka menaiki bas.  Jika tidak... 

Makan malam di Restoren Mohd Chan di Klang Central.  Saya tetap memilih Kantonis kegemaran saya.

@Restoren Mohd Chan, Klang Central


kuih pau pula!

Sunday, October 30

@ Selangor... kembara sejarah

Percutian singkat kali ini, kami bawa anak-anak ke Muzium Sultan Alam Shah di Shah Alam.  Tiada bayaran dikenakan untuk memasuki muzium ini.


kredit : en suami

Di perkarangan muzium.

model keretapi lama


Pintu masuk.


Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian.

"Bangunan muzium ini dibina di atas tanah seluas 12.95 hektar dan luas ruang lantainya ialah 41,538.46 meter persegi. Bangunan lima tingkat ini terdiri daripada dua tingkat ruang pejabat, tiga tingkat ruang pameran dan Dewan Pameran Daeng Menambun. Terdapat lima buah balai pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Warisan Alam Semulajadi dan Balai Islam serta Pameran Luar. Muzium ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Pusat Sumber, Auditorium, Dewan Raja Lumu, Bilik Mesyuarat Daeng Perani dan Kemasik, Makmal Taksedemi dan Repositori." sumber



Istana Klang

pengangkutan dulu

peralatan perang

model rumah Selangor

tenunan kain

Masjid Sultan Suleiman Klang

replika Masjid Alaeddin Kg Bandar Kuala Langat yang dibina pada tahun 1924

masjid sebenar - Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam

stesen keretapi di shah alam

Penat menjelajah di dalam muzium!  Adik mengomel kakinya sakit berjalan.

hiburan adik di Giant

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin