Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, October 12

Pelbagai cerita

Fuh...fuh... *sambil kibas-kibas habuk yang melekat* kerana lama meninggalkan rumah ini.  Beberapa himpunan kisah - jika ada boleh diambil iktibar.

Indah budi-pekerti

pemandangan dari surau tingkat 4 - USM

Ketika melihat pekerja mencakar daun-daun kering di lapangan, saya teringatkan seorang pak cik pekerja am di kampus UiTM yang berusia sekitar 50 - 60an (pada amatan saya) berjanggut sedikit dan sentiasa bertopi kain.  Beliau sentiasa berada di perkarangan parkir kenderaan di bahagian belakang bangunan utama, tertunduk-tunduk mencakar daun-daun kering di tanah ketika saya tiba pada waktu pagi.

Pak cik ini, biarpun bekerja 'biasa-biasa' saja, tetapi budi bahasanya sangat 'luar biasa'.  Ketika menyedari saya (saya rasa hampir siapa saja) berada berhampiran , beliau cepat-cepat "Assalamu'alaikum puan...", kadang-kadang, "Maaf puan, ganggu tempat lalu puan".  Beliau yang menjalankan tugas, meminta maaf dari saya pula!  Ada ketika, saya mengucapkan salam kepadanya jika beliau tidak perasan keberadaan saya. 


Ganastai!

Si adik juga 'terpengaruh' dengan gangnam style nampaknya...mujur tidak menari 'ganastai' di rumah!



 Tekanan Darah Rendah

Satu pagi, ketika bangun pagi, tiba-tiba saya terasa pening dan berpusing-pusing.  Keadaan ini berlanjutan sepanjang hari, cuma belum pitam saja.  Ketika ke klinik pada petang itu, bacaan saya hanyalah sekitar 80/60.   Kata doktor "hypotension".  Saya pernah mengalami keadaan ini ketika belajar hampir 20 tahun lalu.  Doktor memberikan saya 4 biji Gingko Biloba extract (EGb) untuk melancarkan darah  (4 hari) serta 10 tablet Celenid Cinnarizine 25mg untuk mengurangkan pening.  Saya hanya mengambil 2 biji saja (2hari) kerana tablet ini menyebabkan mengantuk terlampau hehehe.

Antara cadangan kawan-kawan di FB untuk menaikkan semula tekanan darah :
  • sup bayam merah
  • daging/ayam/kambing
  • kurma/prune/kismis hitam/buah-buahan gelap
  • guava
  • bersenam
Elok juga disimpan carta ini untuk rujukan di masa akan datang.

sumber




Beberapa hari selepas itu, tekanan di peringkat "low normal", ada sedikit peningkatan dan rasa pusing semakin berkurangan.  Alhamdulillah.



Thursday, August 30

Berkumpul adik-beradik

Seronok apabila dapat berkumpul dengan adik-beradik.  Di kesempatan hari raya, inilah aktiviti yang dirancangkan apabila semua sekali dapat bersama.  

antara menunya

Apabila gas dapur kehabisan, penyelamatnya - dapur arang!  Merasa juga menikmati nasi goreng dan sotong goreng tepung dari dapur arang ini.  Sambil memasak di atas dapur itu, saya dan adik ipar mengimbau kenangan masak menggunakan dapur tanah liat.   

aktiviti mereka di hadapan - sanggup main bola sepak menggunakan kain?

aktiviti masak dan makan

Sunday, August 26

Syawal yang dinanti...

Syawal yang dinanti
masa untuk berkunjung dan dikunjungi
bertemu sanak-saudara serta famili
semoga tiada lagi sengketa di hati
kembali ke fitrah seumpama bayi

Selamat Hari Raya 'AidilFitri
Minal 'Aidin wal Faizin
TaqabbalaLLahu minna wa minkum
taqabbal ya Kareem

Koleksi gambar bersama sanak-saudara di Penang.


  

Thursday, August 2

Sepesen...

Aktiviti sebelum berbuka puasa, sunyi sepi, masing-masing melayan cerita kartun di kaca tv.




Selesai berbuka puasa dan bersolat maghrib...wah... tiba-tiba mendapat suntikan tenaga yang luarbiasa!  Dapat isi 'minyak', laju saja, dengan high pitch suaranya serta dengan aktiviti lasaknya, mengalahkan himpunan kanak-kanak yang melebihi 10 orang riuhnya.  

Seronoknya apabila dapat berkumpul bersama sepupu.  Teringat pula kenangan bersama sepupu ketika kami masih kecil dahulu yang tidak akan berulang lagi.  Aktiviti anak-anak juga tidak sama berbanding 20-30 tahun lalu.  Sangat-sangat berbeza.

Monday, April 16

Kek sahaja...

Saya membuat kejutan untuk adik dengan membawa dua jenis kek untuk hari lahirnya.  Kek pertama, untuk menjamu kawan-kawannya di transit dan satu lagi, khusus untuk ahli keluarga.  Seronok melihat kegembiraan kawan-kawannya dapat makan kek beramai-ramai.



Ini untuk keluarga!  Dikelilingi oleh ahli keluarga.


adik dan cik

birthday girl


dengan sepupu

Monday, April 9

Little Chef



Kakak kata, "Kitchen Helper".  Adik kata, "Chef".  Adik teruja apabila melihat saya belikan apron baru.  Adik sememangnya bersemangat menolong saya di dapur.

Ketika saya menyediakan makan malam, dia sibuk ingin mengacau di dalam belanga.  Saya tidak benarkan!  Akhirnya, dia menjadi tukang rasa.  

"Sedap dah ummi... ada rasa pedas, ada rasa masin..."

Adik bukannya chef, adik tukang rasa saja.  

"Kan chef tu rasa-rasa saja... rasa... cukup tak masin, cukup ke manis dia..."

Amboi... (nampaknya dia merujuk kepada masters chef).  Chef-chef hebat cuma merasa masakan orang lain!

Friday, March 30

Misi berubah...

Misi 8A... plan asalnya, tetapi misi lain pula yang tercapai...

"ummi ambillah gambar macam ni", lalu adik menyusun komik-komik itu

Anak-anak sukakan komik...terutamanya si kakak.  Melihat cadangan di fb, saya cuba mencari komik Misi 8A. Kata salah seorang dari rakan kepada rakan fb saya, anaknya sudah berubah tabiat mengulangkaji dengan sendirinya setelah membaca komik itu.  

Maka misi mencari Misi 8A bermula.  Pertamanya, ke Hasani Bookstore di Carrefour Seberang Jaya... hasilnya... hampa!

Misi kedua.... Popular pula... pun yilek... tiada!

Sudahnya, termakan hasutan (hasut ke?... bukan sebenarnya) oleh salah seorang rakan... katanya anaknya membaca satu komik tentang sains tubuh manusia, tetapi diterangkan di dalam bentuk komik.  Anaknya dapat menerangkan proses yang berlaku di dalam perut kepadanya (sistem pencernaan).  Ketika meninjau dan membelek di rak buku, ternampak deretan pelbagai komik ikhtiar hidup ini.  Wah... apa lagi...terus disusun siri-siri ikhtiar hidup yang difikirkan sesuai untuk anak-anak.  

Betapa kreatifnya orang Korea menerangkan konsep sains di dalam bentuk komik supaya mudah difahami oleh kanak-kanak.  Nota kecil di atas komik itu "sesuai untuk kanak-kanak yang lasak dan bijak".  Sememangnya anak yang lasak ini suka kepada eksplorasi yang 'bukan-bukan' tetapi sebenarnya, mereka sedang belajar dengan cara begitu.

Semoga banyak lagi bahan-bahan ilmiah seperti asas fardu ain yang dapat disampaikan di dalam bentuk ilustrasi dan komik untuk menarik minat serta lebih mudah difahami oleh generasi Z sebagaimana yang didefinisikan oleh Wikipedia sebagai "Generation Z is highly connected, as many of this generation have had lifelong use of communications and media technologies such as the World Wide Webinstant messagingtext messaging, MP3 players, mobile phones, smartphonetouchscreeniPhoneiPodiPadTablet Computer technologies, KindleFacebookTwitteriTunesFaceTime, and YouTube,[18][19] earning them the nickname "digital natives" yang semakin kurang kebergantungan dengan buku.

Adik beritahu abahnya... "abah.. makanan yang kita makan jadi ta*k"... setelah dibeleknya komik itu.  Hehehe...adik sedikit sebanyak sudah memahami proses pencernaan di dalam usus manusia.

Harga sebuah adalah RM8.50 (Semenanjung M'sia) RM9.50 (Sabah/Sarawak).


p/s: Mak nya pun teruja ingin membaca namun tidak berkesempatan lagi.

Sunday, March 4

Aglio Olio


Resepi ringkas untuk makan tengahari - spageti goreng @aglio olio.  Bahan-bahannya saya gunakan apa yang ada di dapur dan juga di dalam peti ais.

Bahan-bahannya:
1 paket spageti (direbus) - saya gunakan 3/4 saja untuk hidangan 4 orang
2 ulas bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dititik
1/2 batang leek - diracik halus
3 biji cili padi (tiada capsicum) - diracik
3 keping daging burger
1 paket cendawan butang - potong dadu
sedikit sos bbq
sedikit lada hitam
sedikit oregano
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1.  Tumiskan bawang, cili dan leek sehingga naik bau
2.  Masukkan daging burger dan goreng sehingga garing
3.  Masukkan sos bbq dan kacau
4.  Masukkan cendawang butang
5.  Masukkan spageti yang sudah direbus.  Taburkan sedikit lada hitam, oregano dan garam secukup rasa.  Kacau sehingga semuanya sebati.

Ketika menggoreng, adik sudah tidak sabar-sabar ingin merasa.  Saya memintal beberapa urat spageti dan berikan kepadanya.  

"Hmm... sedappppp", kedengaran dari ruang tengah rumah.

Monday, February 27

Wish list...

26 Februari 2012

Hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-39.  Hari semalam berlalu seperti biasa.  En. suami membawa kami ke restoren ala timur tengah yang berhampiran untuk meraikan saya.  Sayangnya restoren tersebut tidak dibenarkan merakamkan sebarang gambar.  Sebenarnya, sebelum ini saya pernah mengambil gambar menu-menu pilihan kami di restoren tersebut.  

Ingatkan raikan ummi, tup-tup menu budak berdua yang terlebih mahal dari ummi... hehehe. 

Dinding FB saya dipenuhi oleh ucapan dari keluarga, sahabat, kenalan dan pelajar-pelajar saya sehingga ke hari ini.

Petang tadi, ketika melangkah ke dalam kelas di kampus Bertam, anak-anak murid saya (dari program Sains Persekitaran) beramai-ramai menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu"... Terima kasih (huhuhu.. terharu)

Dan inilah 'wish list' yang panjang yang disiapkan oleh mereka.  Kreatif juga mereka ini... 

stitch 2 foto
Dan ini ucapan balas saya kepada semua yang saya letakkan di dinding FB saya:

"Terima kasih keluarga, sahabat, kenalan dan pelajar di atas ingatan dan doa di hari lahir saya. Semakin meningkat umur, semakin hampir waktunya untuk kembali ke kampung abadi. Ya Allah, berkati dan rahmatilah hidup kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami di dunia dan akhirat. Permudahkanlah urusan kami tika tiba saat untuk kami kembali kepadaMu"

Terima kasih kerana hadir dan turut mewarnai perjalanan hidup saya di alam persinggahan ini.  

Wednesday, February 15

Jalan-jalan sihat

Penat mencari kasut sukan seperti yang dimahu adik.  Semangat untuk berjogging pula si adik.  Petangnya, saya layankan saja keinginan adik untuk berjogging.  Bukan berjogging sangat pun, hanya berjalan dari rumah sehingga ke kedai abahnya, beberapa ratus meter saja.  




Untuk tidak menghampakan semangat adik yang berkobar-kobar itu, hari Ahad, kami ke Pantai Merdeka.  Ketika sampai, air masih lagi surut.  Kelihatan beberapa keluarga sedang mencari siput.  

sarapan di tepi laut


siput apakah ini?  banyak anak-anaknya di dalam air

cubaan mencari siput juga

kata mahu jogging, seorang ditepi laut, seorang di atas tebing

bulan masih kelihatan di langit menjelang jam 10pagi

pencarian siput

Katanya ingin berjogging, tetapi apabila dilihat taman permainan, hilang terus semangat ingin berjoggingnya... hmmm....

Sunday, February 12

Aktiviti keluarga

Lamanya tidak menulis di ruang ini. Entah apalah yang sibuk sangat... masanya ada, cuma malas untuk menghidupkan si comel ungu netbook saya ini.  Seminggu berlalu, saya menyelesaikan ujian serta kuiz pelajar.  Kakak senior saya pula meminta saya untuk 'melihat' novel terbarunya, kesinambungan dari novelnya yang pertama.  Saya teruja melakukannya.  En. suami juga banyak tugasan di kedai.  Al-maklum, OMO (one man operator), tiada hari cuti baginya, begitulah. Segala-galanya dilakukan sendiri.

Aktiviti keluarga juga tidak dilepaskan walaupun kami tiba di rumah mak agak lewat petang seminggu lalu.     Kakak dari KL juga bersama.  Semuanya sudah tersedia.  Bertuah sungguh anak mak yang seorang ini, hehehe.





siakap




Monday, January 16

Sembang-sembang anak beranak


"Ummi,adik baca Alham (Al-Fatihah) saja boleh?"(dia maksudkan di dalam solat)

"Boleh", dan saya menyambung lagi, "Ok,adik suka makanan yang sedap atau biasa-biasa yang tak rasa apa?"

"Adik suka makanan sedap-sedaplah ummi"

"Ha,macam tu juga dengan solat kita.  Kalau kita baca surah,solat kita pun jadi lebih sedap.  Kalau baca Alham saja,solat kita jadi biasa-biasa saja"

Saya memberikan analogi makanan kerana adik seorang yang suka makan.  Di peringkat usia adik,mungkin dia perlukan sesuatu yang boleh dilihat atau dibandingkan.

Dulu, saya pernah ceritakan kepada mereka bahawa makanan yang dimakan hari-hari itu adalah makanan untuk badan (jasad), dan solat serta amal ibadah yang lain itu adalah makanan bagi roh.

"Adik tak larat nak baca surah lah ummi"

"Pendek-pendek pun boleh"

Tiada paksaan,tetapi Alhamdulillah,dia dapat bersolat bersekali dengan membaca surah lazim.  Masih ada beberapa tahun untuk membentuk adik supaya dapat menunaikan solat lima waktu secukupnya.

Teknik memuji

Saya masih mencuba-cuba teknik memuji untuk anak-anak begitu juga dengan pelajar-pelajar saya.  Entah betul atau tidak teknik saya itu, tetapi saya cuba adaptasikan dari pembacaan blog Puan Khairulaniza itu.

"Siapa yang dapat buang tisu di atas meja itu, dia seorang yang rajin"

Tanpa disuruh, adik bangun dan terus membuang tisu itu ke dalam plastik sampah.

"Bagus adik...adik seorang yang rajin"

Adik tersenyum-senyum.

Masih lagi di peringkat cuba-cuba.  Saya faham, teknik ini mengajar kita supaya lebih banyak sabar.  Sememangnya mendidik memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi, dan saya masih lagi belajar untuk bersabar dengan kerenah anak-anak dan juga pelajar-pelajar saya.  

As-Sabru minal iman... sabar itu separuh dari iman....

Tuesday, January 10

"Adjustment period"

Lamanya tidak mengemaskinikan rumah ini, hampir-hampir bersawang.  

Sepanjang dua minggu di tahun baru ini saya banyak berfikir dan bermuhasabah diri.  Secara kebetulan (atau tidak?) Ust Zaharuddin di dalam status FB nya menulis tentang manfaatnya status yang diletakkan di dalam FB kepada orang lain, sedikit sebanyak tempiasnya juga terkena di batang hidung saya kerana saya menulis blog.  Lama otak berfikir, bermanfaatkah blog saya ini kepada orang lain atau sekadar SS (syok sendiri) saja.  Tujuan saya sebenarnya untuk meninggalkan kenangan tentang anak-anak dan keluarga  untuk tatapan di kemudian hari.  Atau mungkin patut diprivatekan saja, kemungkinan besar, kehilangan atau terlupa password juga ada.  

Saya tidak mengemaskinikan blog ini di dalam waktu pejabat, kebiasaannya, saya akan mengarang pada waktu malam dan auto publish keesokan harinya.  Sejak bermulanya rutin baru di dalam keluarga kami, susunan jadual saya dan suami masih lagi 'tunggang langgang'.  Semakin umur mencecah 4 series, kepenatan bergerak kesana kemari kian terasa.  Suplemen yang diambil (kadang-kadang lupa) harap-harap dapat mengekalkan kecergasan saya.  Tiadalah daya kekuatanku melainkan dari kekuatanNya juga, La haulawala Quwata IllabilLah...

Saya kagum dengan ibu yang bekerjaya (termasuklah pengurus rumahtangga) yang tidak mempunyai pembantu (maid) yang dapat mengimbangkan masa mereka.  Apalagi yang mempunyai anak ramai dan kecil-kecil belaka.  Respek sungguh... saya yang mempunyai dua orang yang semakin membesar ini pun sudah kacau-bilau jadinya hehehe.  Sebelum ini mereka berada di nursery/transit, jadi tugas saya hanya menghantar pada waktu pagi dan menjemput mereka pada waktu petang.  Sekarang ini, sesudah mereka dipindahkan sekolah berdekatan rumah, rutin bertukar 360 darjah.  InsyaAllah, alah bisa tegal biasa orang kata, cuma sementara hendak menyesuaikan diri dengan rutin baru saja.

Saya menguatkan diri dengan ingatan ini, "Jika kita dapat bersedekah masa, tenaga, wang ringgit kepada orang lain, kenapa tidak kita 'bersedekah' masa kita untuk anak-anak pula.  Mereka adalah harapan kita untuk mendoakan kita kelak".  


Adik bersolat @7 tahun

Sebelum ini, adik sudah biasa belajar solat di tadikanya dan kadang-kadang, dia akan turut bersolat di rumah - ikut mood.  Saya memberitahunya, sekarang adik sudah 7 tahun, adik sudah perlu bersolat.  Ketika ingin memulakan solat, adik selalu bertanya berapa rakaat yang akan ditunaikan.  Dia hanya memilih rakaat yang sedikit, selalunya maghrib dan subuh!  Perlu juga dipujuk untuk solat waktu lain, insyaAllah, lama-kelamaan melekat juga untuk bersolat 5 waktu.  Kadang-kadang dia mengikut saya bersolat, kadang-kadang dia ingin bersolat sendiri.  Saya akan duduk di sebelahnya sambil memasang telinga mendengar bacaannya di dalam solat.

Alhamdulillah, kakak tidak sesusah dahulu untuk disuruh bersolat.  Dan sekarang kakak berada di fasa jika tidak mahu bersolat, boleh dipukul (tetapi ada caranya).  Kerana itulah, syariat memberi tempoh dari 7 - 10 tahun untuk mengajar anak bersolat supaya mereka secara perlahan dapat merutinkan apa yang diwajibkan ke atas seluruh umat.



Bergilir menjemput anak-anak 

Kami bergilir-gilir menjemput anak balik dari sekolah kerana kakak balik agak lewat berbanding adik.  Jika seorang yang perlu menjemput pada dua waktu yang lain, rasanya 'pancit' juga dibuatnya. 

Ketika pendaftaran anak-anak di KAFA, en suami pula mengambil giliran melakukannya kerana ketika hari pertama persekolahan tempohari, saya sudah berkorban 4 jam kuliah saya (yang masih tidak berganti lagi) untuk bersama mereka.  



Adik teruja ke KAFA dengan baju peachnya kerana rakan sekelasnya juga turut belajar di KAFA.

Kakak dan adik diajar untuk berdikari dari usia sekecil ini berbanding saya kerana emak saya seorang surirumah, lain suasananya. Saya percaya, sedikit sebanyak, ianya akan mematangkan kakak untuk bertanggungjawab menjaga adiknya ketika kami tiada di sisi.  InsyaAllah.


Kerja sekolah (Homework)

Adik sedang menulis senarai 19 binatang di dalam Bahasa Malaysia dengan nama Inggerisnya.  Ketika tiba di nombor 4, saya lihat, adik sudah terbaring.  Cuba lihat bantalnya apa?  Selepas ini otak adik dapat meresap ilmu dari kamus itu lah nampaknya.



kasihan, keletihan...

Saya bukanlah ibu yang sempurna, jauh sekali 'supermak' yang dapat melakukan banyak kerja pada satu masa.  Tetapi, insyaAllah, saya masih mencuba menjadi memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik.  

Saya sedang di dalam proses mencuba teknik ini yang diilhamkan oleh pasukan sifu PTS, Puan Ainon Mohd.  Mungkin pembaca boleh juga mendapat manfaat dari blog Puan Khairulaniza ini.

Tuesday, December 6

Berdua-duaan

Kami menghabiskan masa berdua.  Anak-anak menghabiskan sebahagian cuti sekolah mereka di rumah tok.     Kasihan mereka, tidak dapat berjalan kerana umminya sedang berkuliah.  Nasib kami kerana cuti tidak lagi bertindih dengan cuti sekolah.  

(Jika adik tahu, harus dia mengomel, hurmmm... ummi makan sedap-sedap dengan abah saja... hehehe).




capuccino

air nenas

Ada cerita lawak di sini.   Kedua-duanya tersalah membuat pilihan.  Saya beranggapan capuccino itu rasanya kopi ala-ala coklat... tetapi, setelah dirasa, ya rabbi... pahitnya!  Pure coffee rupanya... berpinau biji mata terpaksa menelan kopi yang sebenarnya bukan kegemaran saya.  Nasiblah.


Jamaican Chicken

Calamari - untuk en suami

Ketika di dalam kereta, en suami mengatakan ingin menjamah ikan, ikan tanpa tulang, katanya.  Saya faham maksudnya, ala-ala Fish n Chip.  Ketika membuat pilihan di menu ikan, di antara deretan menunya, Calamari. 

Calamari tu ikan ke?  

Entahlah... ya kot... saya menjawab.  

Setelah hidangan sampai, kami tergelak.   Itulah... tidak tanya dulu... 

Rupa-rupanya, Calamari itu.... sejenis sotong!  

Rezeki malam itu.  Itulah padahnya apabila tidak bertanya.  Kesimpulannya, apa-apa pun yang tidak diketahui, lebih baik bertanya kepada yang pakar.

Terima kasih en suami di atas hidangan yang sedap.  Katanya, appreciation dinner.  Bukan selalu dapat makan malam berduaan begini.  Hehehe....

Tuesday, November 22

Apabila kanak-kanak perempuan tengok bola...

Wah... berjela tajuk.  Demam harimau malaya...

"Ummi, kawan kakak kata, dia kenal Khairul apa ntah nama dia.. oh... Khairul Fahmi..."

"Kakak, semua orang kenal Khairul Fahmi tu... bukan kawan kakak saja..."

sambil makan

"Tak hensem pun orang tu...", tegur adik apabila melihat seorang pemain.

"Depa ni tak pandai main la kakak", kata adik lagi (wah... macamlah dia pandai main bola)

"Kak, tengok, rambut dia potong macam tu...tak lawa lah...", apabila melihat seorang pemain Indo dengan stail rambut tercacaknya.

Saya tersenyum-senyum mendengar adik mengomen kepada kakaknya.

Kakak pula, "Malaysia...Malaysia... you can do it!"... wah speaking pula anak dara saya.




Akhirnya, mereka bermain di dalam bilik saja, tidak menghayati harimau mengaum.  Sudah mula menjelma Ultraman 3 lah, Ultraman Gaya dll.  Biarlah ultraman muncul ke, janji tidak mendengar jeritan atau tangisan, silap-silap ummi pula yang mengaum!

Thursday, November 3

Projek baru

Projek ini bermula secara tidak sengaja ketika menemankan sahabat ke sebuah gedung hiasan/bungaan/perkahwinan baru-baru ini.  Ketika meninjau tanpa tujuan, saya terpandang kain felt berbentuk bunga yang tersusun pelbagai saiz dan warna.  Idea mula timbul untuk menghasilkan sesuatu dari material itu.  Dan inilah hasilnya - keronsang pelbagai kombinasi warna.




Anak-anak teruja memadankan warna dengan manik kristal yang terhad dan kakak sudah bercadang ingin  menjual kepada rakan-rakan.

keronsang saiz besar menggunakan manik kristal





keronsang bersaiz kecil

belakang keronsang bersaiz besar

keronsang bersaiz besar

Update : Saya menggunakan teknik jahitan untuk mencantumkan kelopak bunga dan gam panas (hot glue) untuk melekatkan manik dan pin tersebut.

Perancangan saya, mungkin keronsang-keronsang ini akan diletakkan di kedai suami sebagai tambahan barangan kedainya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin