Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Tuesday, March 22

Sahom Farm Retreat - Cool and refreshing...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Jalan masuk
Sahom Farm ini terletak di Kampar Perak, lebih kurang 17km dari tol Gopeng, 9.8km dari jalan besar Gopeng - Kampar.

klik untuk besarkan imej
Pusat rekreasi ini sangat sesuai dikunjungi ketika negara dilanda musim panas yang melampau ini kerana persekitaran ladang kelapa sawitnya yang berada di tepian sungai dengan iringan angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman.

Pandangan dari cafe yang mengadap tasik ini (klik untuk besarkan imej)

Rumah Buluh - penginapan kami untuk satu malam
Sahom Farm menawarkan 4 pakej penginapan, 2 darinya adalah pakej berkumpulan (Warisan dan Tepian Sungai) serta 2 individu (Buluh dan D'Lake).  Penginapan Buluh adalah RM150/malam untuk musim cuti sekolah.  Penginapan ini sangat ringkas seperti penginapan rumah zaman dahulu, tiada tv dan peti ais.

bumbung rumah buluh

rak serbaguna

Tingkapnya di'tongkat' oleh sebatang buluh

Ini sedikit thrill... bilik airnya berkonsepkan langit terbuka... berbumbungkan pelepah-pelepah kelapa sawit! :D :D Airnya sejuk dan nyaman...

bilik airnya

Beberapa wakaf di sekitar Bamboo Village ini untuk ruang santai.



surau untuk kegunaan pengunjung

Air sungai Dipang yang jernih... asyik memerhatikan air sungai yang tidak berhenti mengalir tanpa menghiraukan halangan di hadapannya.

sungai Dipang


D' Lake
Warisan
ladang kambing

Antara aktiviti kami...




Ada beberapa pakej aktiviti berkumpulan yang ditawarkan oleh Sahom Farm ini antaranya, berkayak, treasure hunt, paint ball, team building, jungle trekking dan lain-lain.  Harga makanan di cafe Sahom Farm ini lebih kurang harga di gerai biasa di luar.  Pengunjung juga boleh menikmati hidangan makan pagi di gerai-gerai kecil di kawasan kampung berhampiran.  
Jika ingin menginap di rumah buluh, berhati-hatilah kerana terdapat ruang di antara anyaman yang boleh menembusi ke dalam rumah ;;) ;;)

Sahom Farm ini lebih kurang 16km dari Gua Tempurung bagi sesiapa yang inginkan adventure seperti di bawah ini.


Sangat sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran dari kesibukan sehari-hari.  Selamat bercuti-cuti Malaysia :-h

Sunday, March 20

Langkawi Revisited - Pulau Lagenda

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Kali ke-4 selepas genap 7 tahun... (kisah lama).  Pantasnya masa berlalu.  Harga tiket ferinya masih kekal RM23/dewasa dan RM17/kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun dari jeti Kuala Kedah - Langkawi.



Banyak yang sudah berubah terutamanya di bahagian Pantai Cenang, ter'cengang' juga dibuatnya melihat kepesatan pembangunan di pantai itu.  Kami menyusuri jalan-jalan kenangan di Pantai Cenang sehingga ke Awana Porto Malai.  Night life di Pantai Cenang sangat happening berbanding 7 tahun yang lampau.  

Kami menginap di Arif Homestay, Taman Sentosa, Jalan Mata Ayer dengan harga RM300/satu malam bersekali dengan sewa kereta (Altis).  Ianya sebuah rumah 1 1/2 tingkat dengan 3 bilik tidur serta 2 bilik air berhampiran .  Segala-galanya perancangan saat akhir :) yang tidak bertembung dengan cuti panjang Maulid dan Krismas penghujung Disember lalu.



Kali ini tidak lagi menaiki kereta kabel.  Hanya melihat dari kejauhan kereta-kereta kabel pelbagai warna bergerak perlahan melepasi Gunung Mat Chinchang.



Interactive 3D Art Museum 

Kami ke sini... yang juga terletak di dalam kawasan Oriental Village berhampiran SkyCab.



Dibuka dari jam 9pg - 6ptg.  Tiketnya berharga:

Terpegun dengan hasil-hasil tangan manusia yang terlukis di dinding dan lantai, ilham dan bakat yang dikurniakan oleh Allah.

Aquarium Zone




Safari Zone





Interactive Zone



Fantasy Zone



Classic Zone






Main Hall Zone





Malaysia Zone



Island Hopping

Pakej Island Hopping ini diambil dari Tour Agency yang beroperasi di sekitar Pantai Cenang dengan bayaran RM30/dewasa dan RM20/kanak-kanak untuk Pakej 3 pulau, Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Beras Basah.


Ramai juga pengunjung ketika itu walaupun ianya bukan waktu puncak cuti sekolah.  Berlumba-lumba bot yang membawa pelancong di laut dan sesekali pemandu bot sengaja melanggar alunan ombak yang terhasil dari bot lain menyebabkan bot kecil melambung-lambung, bergetar jantung dan perut dibuatnya, seperti mahu terkeluar isi perut!  But.. it was fun... pastikan jaket keselamatan diikat sempurna, bimbang juga dibuatnya.

Tasik Dayang Bunting (1 jam)


Termengah juga perlu memanjat tangga yang berbukit sebelum tiba ke Tasik Dayang Bunting, lemah lutut kerana tidak membuat aktiviti regangan sebelumnya...


maklumat tentang pergerakan tanah di pulau itu

Tasik dari pemandangan atas




Pelbagai aktiviti yang boleh dibuat, berkayak, bot kayuh serta mandi-manda.


kolam cetek untuk kanak-kanak
aktiviti rendam kaki

Awal-awal lagi, pakcik-pakcik bot sudah menasihati agar tidak membawa sebarang bungkusan plastik kerana monyet-monyet ini akan merampas bungkusan plastik yang disangka mempunyai makanan.

hati-hati dengan mereka, menanti bungkusan untuk dirampas!

Pulau Singa Besar (30 - 45 min)

Di pulau ini, pelbagai jenis helang akan menghampiri permukaan laut untuk menangkap ikan.







Pulau Beras Basah (1 jam)

Pantai yang bersih, cantik dengan air yang jernih.





Pengalaman island hopping yang mengujakan.  Perancangan jika berkesempatan untuk berkunjung ke Langkawi lagi adalah Mangrove Tour.


Buffalo Park

Pernah dipaparkan di dalam sebuah dokumentari mengenai pembuatan keju susu kerbau.  Kebetulan terpandang papan tanda di tepi jalan, jadi terus ke sini pada petang hari, namun atas kesuntukan masa, ianya hanya lawatan yang singkat.  Sempat merasa aiskrim susu kerbau yang rasanya tidak jauh berbeza dengan aiskrim biasa.







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin