Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Wednesday, May 19

Buah apa ini?

Ketika berada di pusat peranginan Titi Hayun, saya bertemu dengan pokok buah ini.  Tidak pula diketahui apa namanya buah ini. 






Buah ara. Tak boleh makan - orang guna buah yang masak untuk umpan ngail ikan sungai

Terima kasih Kak Cik Milah kerana telah memberitahu nama buah ini.

Friday, March 5

Buah Kundang

Buah kundang atau remia seakan-akan mempelam telur (kecil).  Rasanya masam-masam manis.  Sedap.  Boleh dimakan bersama kulit atau tanpa kulit.


Sunday, November 8

Buah Rokam





Buah ini mengembalikan ingatan kepada zaman kanak-kanak saya.  Dahulu, pokok buah rokam ini berdiri teguh di hadapan rumah tok.  Ketika musim berbuahnya rokam, kami sangat seronok mengutip buah yang jatuh atau ada yang memanjat pokok untuk diambil terus dari dahannya.  Saat menggigit buah itu, berkerut-kerut muka menahan kemasaman buah rokam itu.  Buah rokam masak yang berwarna merah hati agak kurang masamnya. 



Sewaktu berkunjung ke pasar malam, saya melintas di hadapan gerai yang menjual buah ini.  Terus  ringan mulut bertanya pada pak cik yang menjual.  Sepinggan kecil berharga RM2.  Saya menyambung bicara, katanya rokam tersebut diambil di Bukit Selambau.



Saya membeli sepinggan kecil semata-mata ingin mengenalkan buah yang semakin pupus itu kepada anak-anak walaupun buahnya kurang elok.  Adik mengatakan ianya seperti "tomato" kecil.  Hehehe... ada-ada saja.  Saya katakan buah ini selalunya dibuat jeruk kerana rasanya yang masam.  Saya didihkan air gula bersama garam serta merendam buah tersebut untuk dibuat jeruk.  Gula dan garam diagak saja sukatannya. 


buah yang sedang direndam

 

Friday, October 23

Buah Keranji

"Sorong papan tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu,
......"

Pantun yang semakin jarang kedengaran, begitu juga buah keranji yang dimaksudkan juga hanya sesekali bersua. Kebetulan ketika berjalan di pasar malam, ternampak orang menjual buah keranji, sengaja saya beli untuk ditunjukkan kepada anak-anak yang tidak mengenali apa itu buah keranji.



Mereka teruja untuk mencuba, tetapi tidak menarik minat mereka kerana rasanya yang agak masam. Masam-masam manis rasa isinya.



Dan ini adalah bijinya. Seakan-akan biji asam jawa.

Thursday, September 24

Mata Itik


Pernah lihat buah ini? Buah mata itik (panggilan) ini ada ditanam di perkarangan rumah mertua saya. Rasanya agak kelat.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin